English / Bahasa Melayu
Terdapat 2 slot waktu yang anda boleh pilih. Namun tetapan asal di dalam app adalah pada waktu pagi:
Sekiranya anda mempunyai temujanji doktor yang bertembung dengan jadual sesi rawatan, anda boleh memaklumkan kepada kami 3 hari sebelum sesi tersebut supaya perubahan jadual dapat disusun.
Ya, anda boleh menambah atau menolak mana-mana rawatan yang terdapat di dalam pakej yang ditawarkan. Hubungi khidmat pelanggan kami melalui fitur ‘in-app’ live chat yang terdapat di dalam Sentuh App.
Untuk bersalin secara normal, rawatan boleh bermula 7 hari selepas bersalin atau 14 hari selepas bersalin secara pembedahan Caeserean.
*tertakluk kepada budi bicara
Rawatan Baby Cocoon adalah bertujuan untuk menjaga dan menyediakan pengalaman yang menenangkan untuk bayi anda. Rawatan ini termasuk khidmat memandikan dan mengurut bayi anda.
Ya, penjaga bayi wajib berada semasa sesi rawatan Baby Cocoon Care. Anda boleh menjadi penjaga, atau suami atau mana-mana ahli keluarga dewasa yang ada di dalam rumah. Terapis kami mempunyai hak untuk menolak untuk melaksanakan Baby Cocoon Care Treatment sekiranya penjaga bayi tidak ada semasa sesi berlangsung. Kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku sekiranya penjaga tidak hadir semasa rawatan dilaksanakan.
Berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Akta (PDPA), para pelanggan adalah dilarang dari menghubungi terapis secara terus, dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi terapis anda melalui chat di dalam Sentuh App.
Modul servis postnatal Sentuh telah dinilai oleh Pakar dalam bidang Antenatal. Salah seorang pakar kami adalah Dr Fauziah Hassan, seorang pakar bilang gynaecology di KPJ Ampang Puteri Hospital. Kami adalah komited untuk menyediakan servis penjagaan terbaik untuk para ibu berdasarkan kajian saintifik dan kaedah yang telah terbukti berkesan.
Customer Service Helpline:
Phone: 010-8338403 / 03-27212676
Operating Hours:
9am - 10pm
Email: info@sentuh.my