English / Bahasa Melayu

Challenging the norm

Ini adalah berdasarkan nasihat oleh pakar ginekologi, memandangkan wap dari sauna boleh melambatkan penyembuhan luka disebabkan oleh kelahiran. Sama ada untuk kelahiran normal atau C-Section, luka tersebut perlu berada dalam keadaan yang kering supaya luka boleh sembuh dengan lebih cepat dan mengelakkan dari berlakunya sebarang jangkitan. Suasana sauna yang lembab dibimbangi boleh memperlahankan proses penyembuhan luka.

Sauna membantu untuk melancarkan pengaliran darah di seluruh badan, ia dapat membantu anda untuk rasa hangat dan selesa, di samping membantu kulit anda. Bagaimanapun, sesi bersauna hanya boleh dilakukan dalam sesi yang terkemudian setelah luka diyakini sembuh untuk mengelakkan jangkitan akibat keadaan yang lembab.

Urutan penyusuan disediakan bergantung kepada keperluan ibu. Setiap ibu mempunyai pengelaman dan keperluan yang berbeza untuk penyusuan. Namun, anda boleh pilih untuk menambah rawatan ini jika mahu.

Compression socks boleh membantu melegakan kekejangan kami dan mengurangkan edema/ bengkak untuk ibu-ibu baru. Antara kelebihan memakai compression socks ialah:

  • Membantu melancarkan pengaliran darah di sekitar kaki.
  • Mengelakkkan darah berketul pada saluran darah di kawasan kaki yang boleh menyebabkan vein thrombosis.
  • Mengurangkan bengkak kaki.
  • Membantu menstabilkan postur ketika berdiri.

Herbal Warm Compress atau bertungku adalah sejenis urutan yang menggunakai termoterapi atau teknik rawatan suhu untuk melegakan sakit-sakit dan sengal-sengal pada sendi, otot & tisu lembut.

  • Rawatan yang melegakan badan
  • Mengurangkan kekejangan otot
  • Mengurangkan sakit otot
  • Membantu meningkatkan fleksibiliti pada sendi
  • Membantu merehatkan badan dan minda

Body Gommage juga dikenali sebagai body scrub. Fungsi utama body Scrub adalah untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati pada badan. Namun, terdapat banyak fungsi dan kelebihan yang bagus untuk ibu baru bersalin:

  • Membantu melancarakan aliran darah.
  • Campuran herba bada Body Gommage dapat membantu mengurangkan bau badan.
  • Memastikan kulit terasa lebih lembut dan licin selepas sesi rawatan.
  • Ramuan asli & berasaskan tumbuhan yang digunakan di dalam Body Gommage boleh membantu ibu yang baru melahirkan anak berasa lebih tenang, relaks dan tenteram.