English / Bahasa Melayu

FAQ

Tempahan

  • Sebarang tempahan boleh dibuat di Sentuh App
  • Kami menerima pembayaran melalui kad kredit, debit dan FPX.
  • Untuk mengesahkan tempahan anda, deposit minimum sebanyak 30% adalah dikenakan 
  • Bayaran baki boleh dibuat 4 minggu sebelum tarikh rawatan
  • Bagi pakej servis post-natal, anda dikehendaki membuat pembayaran awal sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • 10% caj tambahan adalah dikenakan untuk tempahan yang dibuat kurang dari 4 minggu sebelum tarikh rawatan.
  • Sekiranya anda telah melengkapkan pembayaran, sila tunggu anggaran 3 hari untuk sistem memproses bayaran.
  • Anda boleh menyemak status tempahan anda di Sentuh App.
  • Tempahan yang telah disahkan akan muncul di ruangan ‘Upcoming Sessions’ di dalam App.

Terdapat 2 slot waktu yang anda boleh pilih. Namun tetapan asal di dalam app adalah pada waktu pagi:

  • Slot Pagi (8.30am-1.30pm)
  • Slot Petang (2.00 pm-7.00pm)

Sekiranya anda mempunyai temujanji doktor yang bertembung dengan jadual sesi rawatan, anda boleh memaklumkan kepada kami 3 hari sebelum sesi tersebut supaya perubahan jadual dapat disusun.

Ya, anda boleh menambah atau menolak mana-mana rawatan yang terdapat di dalam pakej yang ditawarkan. Hubungi khidmat pelanggan kami melalui fitur ‘in-app’ live chat yang terdapat di dalam Sentuh App.

Untuk bersalin secara normal, rawatan boleh bermula 7 hari selepas bersalin atau 14 hari selepas bersalin secara pembedahan Caeserean.

Polisi Pembatalan Dan Pemulangan

  • Bayaran deposit tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan.
  • Tiada pemulangan diberikan untuk pembatalan yang dibuat kurang dari 2 minggu tarikh rawatan.
  • Bagi kes tertentu seperti kematian atau keguguran, pemulangan akan diberi namun cas pengurusan akan dikenakan.

*tertakluk kepada budi bicara

  • Ya, anda boleh menukar semula jadual temujanji anda, tertakluk kepada kelapangan terapis.
  • Permintaan untuk penjadualan semula hendaklah dibuat melalui Sentuh App atau Bahagian Khidmat Pelanggan.

Mengenai Terapis

  • Kesemua terapis kami adalah warga tempatan, berusia antara 25-60 tahun. Mereka telah dilatih sepenuhnya, bertauliah dan telah melepasi proses temuduga
  • Setelah sesi anda disahkan, anda akan menerima pengesahan sesi termasuk butiran terapis seperti nama dan butiran bio
  • Mengambil kira situasi pandemik kebelakangan ini, kesemua terapis kami adalah divaksin sepenuhnya
  • Dengan menggunakan Sentuh Booking App, tempahan anda adalah didokumentasikan serta direkodkan. Ini akan mengurangkan risiko serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini sepanjang sesi berlangsung. 
  • Tempahan melalui Sentuh App dapat membantu mengekalkan ekosistem dan mengukuhkan terapis kami

Persediaan Untuk Rawatan

  • Anda tidak perlu untuk membeli bengkung anda sendiri, kerana kesemua bahan adalah disediakan untuk keperluan anda. Pakej ini adalah termasuk dalam pakej set post natal.
  • Tidak perlu, terapis yang akan membawa bahan tungku mereka sendiri
  • Anda perlu menyediakan ruangan yang cukup untuk terapis kami menyediakan rawatan. Sila dapatkan set kit ibu (yang telah dihantar sebelum sesi dilakukan) disiapkan untuk rawatan. Anda juga digalakkan untuk membaca e-book panduan untuk sebagai persediaan fizikal dan mental untuk sesi rawatan.
  • Untuk kelahiran normal, rawatan boleh bermula 7 hari selepas bersalin dan 14 hari sekiranya bersalin secara c-section
  • Sila peruntukkan ruangan lantai yang selesa untuk terapis melakukan sesi urutan, seeloknya di dalam bilik. Sila pastikan bahawa semasa sesi berlangsung, pelanggan dan terapis mempunyai waktu privasi dan sesi tidak terbuka kepada mana-mana ahli keluarga untuk masuk campur atau melihat.
  • Kami tidak menggalakkan sesi urutan dibuat di ruang tamu walaupun tidak ada ahli keluarga yang lain di sekeliling, untuk memelihara aurat pelanggan. Aurat adalah bahagian tubuh seorang wanita Muslim yang hendaklah ditutup dari orang ramai.
  • Sesi akan kebiasaannya bermula pada 9pagi, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam tempahan.

Rawatan Baby Cocoon adalah bertujuan untuk menjaga dan menyediakan pengalaman yang menenangkan untuk bayi anda. Rawatan ini termasuk khidmat memandikan dan mengurut bayi anda.

Ya, penjaga bayi wajib berada semasa sesi rawatan Baby Cocoon Care. Anda boleh menjadi penjaga, atau suami atau mana-mana ahli keluarga dewasa yang ada di dalam rumah. Terapis kami mempunyai hak untuk menolak untuk melaksanakan Baby Cocoon Care Treatment sekiranya penjaga bayi tidak ada semasa sesi berlangsung. Kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku sekiranya penjaga tidak hadir semasa rawatan dilaksanakan.

Semasa Rawatan

  • Anda boleh melaporkan kepada pihak kami sekiranya terapis yang ditugaskan cuba untuk mempromosi produk atau servis yang tidak terdapat dalam pakej. Produk-produk dan servis di dalam pakej kami adalah disahkan dan terbukti selamat untuk digunakan kepada pelanggan.
  • Berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Akta (PDPA), para pelanggan adalah dilarang dari menghubungi terapis secara terus, dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi terapis anda melalui chat di dalam Sentuh App.

  • Pada penghujung sesi, anda boleh nilaikan terapis anda dan hantarkan maklumbalas melalui Sentuh App. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami sekiranya anda menghadapi sebarang isu dengan servis anda.
  • Matlamat kami adalah untuk menyediakan khidmat yang terbaik untuk pelanggan kami. Kesemua terapis kami adalah terlatih dan berpengalaman. Bagaimanapun, terdapat juga kes-kes terpencil di mana servis tidak mencapai standard yang ditetapkan. Sekiranya perkara tersebut berlaku, kami akan beri yang terbaik untuk menggantikan servis kami dengan terapis yang lain.
  • Modul servis postnatal Alunan telah dinilai oleh Pakar dalam bidang Antenatal. Salah seorang pakar kami adalah Dr Fauziah Hassan, seorang pakar bilang gynaecology di KPJ Ampang Puteri Hospital. Kami adalah komited untuk menyediakan servis penjagaan terbaik untuk para ibu berdasarkan kajian saintifik dan kaedah yang telah terbukti berkesan.

Perkhidmatan Penyediaan Makanan

  • Terapis Berpantang Alunan adalah terlatih untuk melakukan terapi fizikal dan fisioterapi. Fokus mereka adalah untuk memberikan rawatan terbaik untuk para ibu. 
  • Dengan memfokuskan kepada terapi berpantang fizikal akan memberikan hasil yang terbaik dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Berkenaan dengan penyediaan makanan berpantang, anda boleh mendapatkannya dengan melanggan servis tambahan di mana makanan akan disediakan oleh penyedia makanan yang sah dan terlatih.
  • Makanan akan disediakan di rumah anda oleh ahli nutrisi atau tukang masak terlatih. Namun, bahan-bahan hendaklah disediakan oleh anda terlebih dahulu.
  • Anda juga boleh memilih untuk melanggan servis penghantaran makanan berpantang yang telah dimasak.
  • Ya, kami hanya menyediakan makanan halal.
  • Sekiranya anda mempunya alahan terhadap sejenis makanan, hendaklah memaklumkan kepada pihak kami supaya kami boleh menyampaikan maklumat kepada ahli nutrisi untuk menyediakan menu yang sesuai untuk anda.
  • Diet yang disediakan adalah untuk ibu sahaja, namun sekiranya anda mengkehendaki supaya kami menyediakan makanan untuk seluruh keluarga, anda boleh menambah pakej untuk sekeluarga.
  • Diet dan menu adalah disediakan oleh pakar nutrisi dan akan dimasak berdasarkan menu yang ditetapkan. Anda boleh memilih menu mana yang hendak disediakan pada hari yang tertentu.